Sekiranya anda merupakan pengerusi atau bendahari atau ahli jawatankuasa sesebuah persatuan, kelab atau alumni, senangPay boleh membantu anda sekiranya anda mempunyai masalah seperti berikut :

1. Sukar untuk menerima pembayaran yuran bulanan / tahunan dari ahli

Berpersatuan memang seronok. Ada networking dan ada manfaat tersendiri. Selain daripada menjalankan aktiviti berkaitan, banyak manfaat yang ahli boleh dapat. Namun tidak semua ahli yang boleh beri bayaran yuran bulanan atau tahunan dengan mudah. Banyak yang beri alasan itu dan ini. Kebanyakkan alasan adalah mungkin kerana hal peribadi.

senangPay tidak boleh menyelesaikan masalah peribadi ahli untuk mereka sedar betapa penting untuk buat bayaran yuran. Namun senangPay boleh memudahkan ahli untuk buat bayaran. Cipta Payment Form dan kongsi Payment Form ini dengan ahli anda di WhatsApp, Facebook, Blog atau Website Almuni.

payment_form

2. Ingin memudahkan & memberi alternatif channel pembayaran selain daripada cek atau cash

Kekuatan persatuan atau alumni adalah ahlinya yang terdiri daripada ahli perniagaan, ahli korporat, ahli politik malah ahli yang sudah level jutawan. Mereka ini semua banyak duit dan pasti membuat bayaran melalui cek atau cash. Namun, tidak semua persatuan atau alumni yang ahlinya jutawan.

Bagi ahli yang terdiri daripada rakyat marhain, mereka ini tidak ada buku cek malah mungkin tidak menyimpan tunai yang banyak pun. Tapi apa yang pasti, mereka guna Online Banking untuk transfer duit atau buat pembayaran. Jangan lupa, kekuatan persatuan atau alumni juga bergantung pada bilangan ahli yang ramai. Kuantiti juga penting.

senangPay menyediakan pelbagai jenis pilihan bank untuk ahli buat pembayaran. Ada 8 jenis bank dan 2 bank paling ramai digunakan adalah Maybank dan CIMB.

banks

3. Ada ahli yang mahu bayar menggunakan kad kredit / debit

Ada ahli yang sedar betapa penting untuk bayar yuran. Namun kadangkala waktu nak bayar tu tak tepat. Misalnya hujung bulan. Duit gaji dah habis buat bayar hutang dan expenses. Jika persatuan atau alumni buka laluan untuk mereka bayar secara kredit, ini pasti sangat membantu. Walaupun tidak ada duit dalam bank, ahli boleh bayar guna kad kredit.

Dan bagi ahli yang ada kad debit, pun boleh buat bayaran juga.

senangPay menerima pembayaran daripada VISA dan MasterCard.

creditcard

4. Terima pembayaran daripada ahli yang duduk di oversea

Pasti ada ahli persatuan atau alumni yang duduk di oversea. Mungkin kerja di sana ataupun memang dah migrate dan menetap disana (agaknya cuaca sejuk). Walaupun jauh, sekarang sudah ada Facebook dan Blog. Tidak ada alasan untuk ahli level oversea untuk tidak ikut berita atau perkembangan yang berlaku dengan persatuan atau alumni.

Walaupun duduk di oversea, ahli tetap boleh buat bayaran. Ini kerana senangPay terima kad kredit. Asalkan Visa atau MasterCard, duit tetap masuk dalam alumni. Silap-silap ahli bayar yuran dari dalam bas dua tingkat!

buslondon

5. Masalah untuk keep track ahli mana yang dah bayar atau belum

Ini bukan masalah tapi nightmare. Ada persatuan atau alumni yang simpan semua data ini dalam email. Buatnya hilang password, memang lega. Ada yang bijak sikit, export semua masuk excel simpan dalam laptop. Satu hari nak malang, laptop kena curi. Lagilah lega. Hilang data. Hilang laptop.

senangPay tersiap dengan Dashboard yang boleh diakses bila-bila masa, asalkan ada internet connection. Semua data pembayaran tersimpan dalam Dashboard. Apa lagi yang nak dirisaukan? Tidak ada apa-apa.

transaction_list

6. Masalah dengan menyediakan laporan kewangan, duit masuk ke dalam akaun (untuk present dalam mesyuarat agung )

Bila nak mesyuarat agung baru nak buat laporan. Bila Pengerusi Persatuan mintak laporan, baru nak update ikut terkini. Bukankah ini menyusahkan?

Baru nak buka Excel. Baru nak update. Baru nak export. Lepas tu baru nak email. Ini semua kerja budak sekolah. Level persatuan dan alumni, patutnya sentiasa real time. Tak payah nak update lagi. Terus export as report dan share dengan semua AJK.

Report boleh dibuka dengan Excel, dan boleh juga upload ke Google Doc kalau nak share dengan AJK jauh malas nak jumpa.

senangPay 2015-08-27 23-20-29

7. Mahu dapatkan sumbangan atau sponsorship atau dana

Ini memang dah jadi kerja permanent persatuan atau alumni. Memang nak kena minta dana atau sponsorship. Selain daripada simpan semua data derma dalam Dashboard (macam data ahli yang bayar yuran), senangPay membantu persatuan atau alumni dari segi nak minta dana atau sponsorship itu sendiri.

Sebagai contoh, Payment Button untuk link kepada Payment Form minta dana itu boleh diemail kepada prospect-prospect yang nak beri dana. Mereka cuma klik, dan buat bayaran. Cuma jangan lupa attach surat rasmi dalam email agar nampak korporat sikit.

Screen Shot 2015-08-27 at 11.43.07 PM

8. Derma kilat untuk ahli persatuan / alumni yang ditimpa musibah

Apa guna persatuan atau alumni kalau tidak boleh tolong ahli? Kadangkala ada ahli yang mengalami musibah atau ditimpa malang. Persatuan atau alumni boleh bertindak dengan memungut derma kilat bagi meringankan beban. Proses meminta derma itu satu hal. Tapi secepat mana derma itu dapat juga satu hal lagi.

senangPay membantu ini dari segi keboleh-kongsi Payment Form senangPay melalui Facebook atau WhatsApp. Cuma masukkan link Payment Form, dan publish di Facebook atau viralkan melalui WhatsApp. Dalam sekelip mata, mesej yang viral ini dapat mengumpul derma kilat dan dengan cepat persatuan atau ahli boleh salurkan duit kepada ahli yang ditimpa musibah itu.

Efficiency persatuan / alumni, memang tahap sakti bagai kilat. Barulah ahli rasa disayangi dan kebajikan dijaga rapi.

senangpay_mobile08

9. AJK ada komitmen lain dan ingin penyelesaian mudah dan jimat masa untuk semua hal berkaitan diatas

Pasti, AJK semua bukanlah Full-Time kerja untuk persatuan atau alumni. Kebanyakkannya mesti Part-Time. Bila melibatkan masa, mesti ada priority. Dan tugas untuk persatuan atau alumni mungkin bukan priority utama. Untuk itu, perlu ada sistem yang efficient dan mudah, senang pakai dan jimat masa. Paling tidak, langganan dengan senangPay, telah banyak menjimatkan masa persatuan atau alumni dalam menerima pembayaran dan menguruskan data pembayaran.

Ini adalah satu langkah permulaan untuk memantapkan lagi persatuan atau alumni, dan memulakan dengan bahagian kewangan, adalah satu priority utama anda sekarang.

Lambat dapat duit, susah kerja nak jalan!

Langgan dengan senangPay, sekarang.