Tokenization

Tokenization membolehkan para peniaga mengecaj kad kredit pelanggan tanpa perlu pelanggan memasukkan butiran kad kredit setiap kali.

Apakah Tokenization?

Tokenization adalah proses penggantian data sensitif dengan simbol identifikasi unik yang menyimpan semua maklumat penting tentang data tanpa menjejaskan keselamatannya. Bahagian penting proses ini adalah keupayaan untuk membuat sebarang maklumat penting atau statik tidak dapat dicapai dengan menggantikan nombor kad dengan tanda unik.

Permohonan ciri Tokenization adalah tertakluk kepada kelulusan dari pihak senangPay. Pemohon ciri ini hendaklah memiliki Perakuan Perjanjian atau Terma Kontrak antara Penjual dan Pengguna.

Mudahkan proses checkout

Dengan kenaikan bilangan peranti boleh-bayar, adalah mustahak bagi memastikan keselamatan pengguna dan peniaga. Dengan penyulitan butiran kad dan menyimpannya di database yang sangat selamat, kami mampu menyediakan proses checkout mudah dengan hanya satu klik bagi pelanggan sedia ada anda, bagi memastikan kesenangan proses checkout mereka.

Cara lebih selamat untuk menyimpan butiran kad

Tokenization menyukarkan penggodam untuk mendapatkan akses kepada butiran pemegang kad, berbanding sistem lama dimana nombor kad kredit disimpan di dalam database dan boleh dikongsi dengan mudah melalui rangkaian.

Pelayan simpanan data disahkan PCI DSS

Pengesahan PCI adalah wajib bagi setiap peniaga eCommerce yang menerima pembayaran kad kredit atau debit di laman web mereka. Semua maklumat yang akan dimasukkan oleh pelanggan adalah sensitif, justeru ia perlu dilindungi dengan baik.

Tujuan utama PCI DSS adalah untuk mengurangkan risiko kehilangan data kad kredit atau debit.

Terokai senangGuide untuk maklumat lanjut

Pelajari lanjut tentang Tokenization dengan merujuk kepada senangGuide atau emailkan sebarang pertanyaan anda ke [email protected] untuk bantuan

Hubungi kami!

Untuk sebarang pertanyaan, emailkan ke [email protected] atau hubungi pasukan sokongan kami untuk bantuan.