Mass Payments

Hantar pembayaran kepada banyak akaun dalam satu masa. Cara yang pantas untuk membayar komisen, ganjaran, bayaran balik dan banyak lagi!

Apakah Mass Payment?

Mass Payment membolehkan anda membuat pembayaran kepada banyak akaun dalam satu masa. Ianya cara paling mudah untuk membuat pembayaran komisen, ganjaran, pembayaran balik, gaji dan banyak lagi kepada ejen atau pelanggan anda! Prosesnya juga adalah mudah dengan senangPay! Cuma muatnaik fail excel senarai akaun dan amaun kedalam dashboard senangPay anda dan selesai!

Bagaimana Mass Payments berfungsi?

Apabila permintaan Mass Payment dilakukan, kami akan memproses setiap pembayaran didalam senarai tersebut. Kemudian, kami akan mengagihkan amaun yang ditetapkan kepada akaun penerima.

Proses ini mengambil masa dari beberapa minit, hingga ke beberapa jam, mengikut kepada senarai permintaan yang diberi. Kami akan memegang sementara jumlah amaun termasuk yuran pemprosesan, sehingga proses ini berjaya.

Setelah selesai, anda akan menerima notifikasi melalui email. Anda boleh log masuk ke dashboard untuk melihat perincian bagi setiap transaksi.

Tanpa had amaun,
tanpa had akaun,
bayaran setiap hari.

Buat pembayaran kepada banyak akaun, tanpa had amaun (tertakluk kepada amaun yang terdapat dalam akaun merchant), setiap hari atau apa juga hari pilihan anda! Tanpa had untuk mengembangkan perniagaan anda.

Baca senangGuide
untuk lebih lanjut

Belajar lebih lanjut tentang Mass Payments dengan melayari senangGuide atau hantarkan email ke help@senangpay.my

Hubungi Kami!

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di help@senangpay.my