Pembayaran Berulang
(Recurring)

Caj kad kredit atau debit pelanggan anda secara berulang atau mengikut jadual dan amaun yang telah dipersetujui.

2 jenis pembayaran berulang, ansuran & langganan

Penyelesaian paling berkesan bagi pembelian bernilai tinggi, keahlian, yuran tuisyen, sewa, langganan dan sebagainya.

Ansuran (Instalment)

Bagi produk bernilai tinggi, bahagikan pembyaran kepada amaun yang lebih mampu-bayar. Bayaran ansuran = lebih pelanggan.

Langganan (Subscription)

Elakkan kelewatan dalam pembayaran dari pelanggan. Terima bayaran setiap bulan, 4, 2 atau sekali setahun, tepat pada masanya. Dicaj secara automatik.

Bagaimana ia berfungsi?

1. Pelanggan mengisi payment form sekali

Cipta dan kongsi Recurring Payment Form dengan pelanggan. Selesai.

2. Pelanggan akan dicaj mengikut masanya

Setiap bulan, 3 bulan, 6 bulan atau sekali setahun. Pelanggan anda akan dicaj secara automatik! Sekiranya pembayaran gagal, anda akan menerima notis pemberitahuan untuk tindakan anda selanjutnya.

3. Terima pembayaran secara automatik

Terima pembayaran tepat pada masanya tanpa perlu mengejar pelanggan anda setiap bulan! Anda dan pelanggan akan menerima resit transaksi untuk setiap transaksi, berjaya atau gagal.

Pembayaran Berulang membantu memudahkan tugasan berulang setiap bulan

Automatikkan tugasan berulang dengan menetapkan fungsi pembayaran berulang bagi pelanggan anda. Dapatkan notis pemberitahuan dan terima pembayaran setiap bulan, dengan hanya satu langkah.

Khas direka untuk peniaga yang:

mahu menerima pembayaran bulanan atau tahunan

mahu memberi pilihan pembayaran ansuran

Recurring Payment API memberikan anda lebih fleksibiliti

Recurring Payment API kami terbuka untuk integrasi sistem. Uruskan proses pembayaran berulang anda sendiri.

Terokai senangGuide untuk lebih lanjut

Untuk makluman lanjut mengenai Recurring Instalment dan Recurring Subscription, lawati senangGuide kami.

Daftar sekarang!

Apa tunggu lagi? Daftar sekarang dan jadilah sebahagian dari komuniti peniaga digital kami atau emailkan sebarang persoalan kepada kami!