*untuk pembayaran Boost dan TnG sahaja. Kaedah pembayaran lain tersedia setelah lengkap penyerahan dokumen dan atas kelulusan bank.

Daftar sekarang
Jadi salah seorang merchant kami, dan mula berniaga dengan lebih efisien hari ini.

1. Pendaftaran
- Daftar melalui http://app.senangpay.my/merchant/registration dan buat pembayaran.
- Kemudian, lengkapkan permohonan anda dengan memuatnaik dokumen yang diperlukan.
- Semak senarai dokumen yang diperlukan disini.
2. Pengesahan
- Sila lengkapkan penghantaran dokumen anda di dashboard dalam masa 5 hari.
- Pasukan kami yang berdedikasi akan memastikan dan mengesahkan dokumen anda sebelum menghantarnya ke pihak bank. Kami akan menghubungi anda untuk sebarang maklumat lanjut.
- Sementara itu, anda boleh mula memuatnaik produk kedalam dashboard untuk menggunakan payment form atau integrasikan kedalam laman web anda.
3. Kelulusan
- Bagi membolehkan ciri kad kredit dan debit, bank perlu menyemak dan permohonan anda dalam masa 7 hari. Produk terlarang atau tidak patuh syariah akan ditolak.
- Setelah lulus, anda boleh mula menerima pembayaran.
- Anda kini merchant senangPay! Selamat maju jaya!
4. Pemulangan & Penamatan Akaun
- Yuran langganan TIDAK AKAN DIPULANGKAN atas apa-apa sebab sekalipun.
- Sila baca dan fahami Terma Perjanjian sebelum mendaftar dengan kami untuk mengelakkan sebarang permasalahan akan datang.
- Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami di [email protected]
Apakah produk yang dilarang?

Terdapat beberapa barangan atau kategori barangan yang dilarang penjualannya menggunakan senangPay. Barangan tersebut termasuk: Dadah, Perjudian, Skim Piramid (MLM), Pornografi, Bahagian Badan Manusia, Senjata & Letupan, dan sebarang aktiviti yang menentang undang-undang Malaysia dan kerajaan. Lihat senarai lanjut disini.
Apakah 'tidak patuh syariah'?

Akaun anda akan digantung sekiranya kami mendapati akaun anda tidak patuh syariah. Hal demikian berkemungkinan terjadi sekiranya anda menjual produk yang tidak patuh dengan undang-undang Islam. *Sekiranya anda tidak pasti dengan status produk anda, hubungi kami.
Yuran, Kos dan Ciri
Lihat yuran, kos dan ciri kami, tersedia bagi memastikan anda tahu apa yang anda bayar.

Teroka senangGuide
Lihat tutorial, contoh ciri-ciri, syarat dan lebih lagi di senangGuide. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami dengan menghantar email ke [email protected] atau menekan butang bantuan hijau.
