Cara jualan dengan

Kod QR

Pada invoice

Mudahkan pembayaran pelangan anda dengan mencetak QR Code bagi pautan pembayaran terus pada invoice anda. Pelanggan cuma perlu scan untuk membayar!

1. Cipta payment form. Universal Payment Form merupakan penyelesaian terbaik bagi pembayaran tanpa amaun tetap.
2. Tukar pautan kepada QR Code
3. Cetak di invois anda.

Pada kulit buku

Sekiranya anda merupakan penerbit buku persendirian, kami ada berita baik untuk anda. Setelah pembaca selesai membaca buku, cadangkan mereka dengan buku baru, sebelum mereka meletakkan buku tersebut.

1. Senaraikan sehingga 10 buku berkaitan di Collection Form anda.
2. Tukarkan pautan kepada QR Code.
3. Cetak pada kulit buku!

Pada risalah dan poster

Dengan perancangan dan rekaan yang tepat dapat mencetuskan keperluan di hati pengguna, risalah adalah salah satu kaedah pengiklanan tradisional terbaik yang digunakan oleh perniagaan. Dan apa yang lebih baik daripada menyambungkan mereka terus ke borang pembayaran anda!

1. Cetak risalah tentang servis atau produk anda.
2. Masukkan QR code bagi payment form produk/servis anda.
3. Pelanggan boleh terus membuat pembayaran atau tempahan terus dari risalah!

Tingkatkan permainan jualan anda, satu langkah ke hadapan!

Cetakan adalah salah satu cara jualan tertua dan telah bertahan selama bertahun-tahun. Jalankan permainan jualan anda dengan memasukkan kod QR bagi membolehkan pelanggan anda membuat pembayaran dengan mudah, dan cepat! Gabungkan cetakan dan perniagaan digital, dan jadi yang teratas dalam permainan ini!

Belum menjadi peniaga senangPay?