Cara jualan dengan

Instagram

Setiap post adalah iklan produk

Instagram hari ini merupakan pameran galeri. Tunjukkan gambar terbaik produk atau servis anda dan pautkannya kepada payment form untuk mula menjual! Jadikan instagram portfolio atau katalog produk anda.

1. Ringkaskan pautan pembayaran. Kami sarankan anda mengguna goo.gl
2. Masukkan kedalam post instagram anda
3. Gunakan hashtag untuk mencapai lebih ramai pengguna pada post anda

Lampirkan Product Collection Form di bio anda dan jual lebih lagi.

Sekiranya anda mempunyai koleksi mengikut musim, atau beberapa keluaran terbaru, atau apa sahaja koleksi, pautkannya ke bio anda. Biar follower anda tahu dimana meraka boleh membeli produk anda dengan mudah.

1. Kumpul sehingga 10 produk dalam satu collection form
2. Salin pautan yang dicipta
3. Letakkannya ke pautan bio anda

Swipe up untuk membeli

Bagi peniaga dengan fungsi swipe up pada insta stories mereka, gunakannya untuk lebih jualan! Pautkan payment form terus di insta story anda bagi mendapatkan lebih banyak jualan.

1. Cipta insta story seperti biasa
2. Klik pada ikon pautan untuk menambah pautan swipe up di story anda
3. Masukkan pautan payment form dan publish!

Kini masanya untuk mengikut trend semasa,
instagram kini caranya.

Di instagram, team marketing anda boleh menggunakan pelbagai idea baru untuk menarik perhatian dan followers atau pelanggan baru. Tunjukkan pada umum personaliti brand anda dan betapa hebatnya mereka sekiranya berbelanja dengan anda dengan menganjurkan pertandingan, shoutouts, imej yang jelas, video interaktif dan lain-lain lagi. Dan dengan senangPay, tukarkan interaksi itu kepada pembelian!

Belum menjadi peniaga senangPay?