Cara jualan dengan

Aplikasi Chat / Messenger

Terima pembayaran terus dari perbualan!

Sekiranya anda berniaga melalui aplikasi whatsapp atau telegram, ini berita baik buat anda. Cuma kongsikan pautan pembayaran kepada pelanggan dan mudahkan proses pembayaran mereka.

1. Sahkan pesanan dengan pelanggan
2. Kongsi pautan pembayaran melalui aplikasi chat anda
3. Pelanggan boleh terus klik dan buat pembayaran dengan mudah

Notifikasi pembelian terus selepas pembayaran berjaya

Anda akan menerima email bagi makluman apabila pembayaran telah berjaya diterima. Cuma login ke dashboard untuk menyemak status pesanan dan pembayaran mereka. Tidak perlu lagi menunggu slip pembayaran dan tiada lagi penipuan Fraud!

1. Terima notifikasi email
2. Login ke dashboard anda untuk melihat butiran pesanan
3. Bungkus dan hantarkan produk anda

Dimana sahaja anda boleh meletakkan pautan, anda boleh menjual produk.

Ramai dalam kalangan kita faham kerumitan memujuk pelanggan hanya untuk menanti mereka membuat pembayaran dengan cara Cash Deposit atau Online Bank Transfer, untuk mendapatkan slip pemindahan wang. Ada yang cepat, ada yang lupa terus!

Tapi dengan senangPay, pelanggan boleh terus membuat pembayaran terus dengan hanya satu klik dari aplikasi chat tersebut. Pantas, selamat dan mudah!

Belum menjadi peniaga senangPay?