Tingkatkan kemampuan pembelian pelanggan anda dengan pilihan BNPL

Tawarkan pembayaran ansuran tanpa bunga kepada pelanggan anda, tanpa risiko tiada-pembayaran. Terima pembayaran penuh selepas pengesahan pembelian dan biar kami risaukan hal bayaran balik pelanggan anda!

Adakah saya akan menerima pembayaran penuh secara terus atau ansuran?

Anda akan menerima pembayaran penuh secara terus selepas pengesahan pembelian berjaya dari pelanggan anda.

Apakah yang akan terjadi sekiranya pelanggan saya lewat membayar ansuran?

Tiada apa. Anda tidak akan terkesan sekiranya pembayaran dari pelanggan lambat diterima. Rakan BNPL kami akan menyelesaikannya!

Apakah harganya?

Kadar transaksi adalah berbeza bergantung kepada bilangan pecahan pembayaran yang dipilih oleh pelanggan anda. Tiada caj tambahan lain.

Soalan Lazim BNPL

Buat masa ini, kami hanya menerima sebagai rakan BNPL kami. Nantikan penambahan rakan BNPL pada masa akan datang!

Semak sama ada perniagaan anda tersenarai dalam perniagaan tidak layak di senangGuide.

Untuk pendaftaran baru, permohonan BNPL akan disertakan secara automatik bagi perniagaan yang layak. Bagi peniaga sedia ada senangPay, anda boleh memohon atau menyemak kelayakan anda dengan menghubungi kami diat [email protected] atau 03-2771 2707.

Rujuk disini untuk tatacara membolehkan/menyembunyikan jenis pembayaran di borang pembayaran anda.

Peniaga atau pelanggan boleh menghubungi senangPay untuk proses refund sekiranya pembelian masih tidak melebihi 90 hari dari tarikh pembelian. Untuk pembelian kurang dari 24 jam dari permohonan, tiada caj refund akan dikenakan. 

Sebarang pertikaian, boleh berhubung secara langsung di [email protected] 

Tidak. Anda akan didaftarkan sebagai peniaga-peniaga senangPay. 

Ya. Pelanggan harus berdaftar dengan akaun myIOU untuk membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan ini. Layari laman web myIOU untuk mendaftar.