enterwip

1. Apa itu #eNTERwip 2016?

eNTERWIP 2016 adalah satu inisiatif mengumpulkan mereka yang berminat dalam menjana pendapatan dari internet sama ada anda sedang mencari peluang, baru bermula, yang dah bermula dan nak kembangkan bisnes online atau golongan peniaga offline yang nak masuk ke jaringan besar online.

2. Siapakah yang menganjurkan acara ini?
Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan digerakkan oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA), Giatmara, 11street, senangPay, mudah.my, .myNIC, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

3. Bilakah tarikh #eNTERwip 2016 ini?
30 September – 2 Oktober 2016

4. Dimanakah #eNTERwip 2016 berlangsung?
Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

5. Apakah matlamat penganjuran acara ini?
Mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian melalui pendekatan ‘hands-on’, mesra rakyat, penggunaan ICT yang meluas dan pewujudan ‘one stop centre’

Menjana pertumbuhan ekonomi yang berterusan melalui Pelan Pembangunan Wilayah Persekutuan yang mapan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Dalam ertikata lain, #eNTERwip mahu melahirkan ramai usahawan online bumiputera yang berjaya.

6. Sudah berapa kali acara ini berlangsung?
Ini adalah kali kedua penganjuran dimana iai telah berlangsung buat kali pertama pada 2015.

7. Berapakah jumlah peserta yang dijangka menghadiri acara ini?
Dijangka seramai 10 000 peserta bakal menghadiri acara ini.

8. Jika saya penjual online dan berminat untuk sertai acara ini, apakah yang harus saya lakukan?
Anda perlu mendaftar sebagai ahli Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)  terlebih dahulu kemudian Daftar untuk dapatkan tiket eNTERWIP.

9. Bagaimana saya boleh sertai acara ini?
Anda boleh pergi ke laman website ini dan daftar segera : http://daftar.enterwip.my/

10. Siapakah yang bakal saya temui di #eNTERwip 2016?
Lebih 20 speaker yang telah terbukti hebat dalam perniagaan online akan berkongsi pengalaman kejayaan bagi membantu peserta memahami dan menyelami bidang tersebut dengan lebih mendalam antaranya  Irfan Khairi, Jamal Sifubads yang akan berkongsi ilmu mengenai Facebook Marketing, Hasbul Aqil dari Forum Online Biz & Content Marketing merangkap Google SEO dan ramai lagi!

11. Apakah kelebihan yang saya bakal perolehi jika saya menyertai program ini?
Anda akan dapat tahu dengan lebih jelas tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan online. Ini termasuk bagaimana untuk berdaftar dengan SSM, mempunyai domain name, mempunyai Online Payment Gateway senangPay, serta mengetahui undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan online.

Seterusnya anda akan didedahkan dengan tips dan cara-cara untuk melakukan social media marketing seperti Facebook, Instagram dan Google SEO, agar produk jualan anda dipasarkan dengan betul, dan akhirnya bertukar kepada sales.

Dalam erti kata lain, anda akan belajar tentang perniagaan online daripada mula, hingga akhir.

12. Apakah aktiviti yang diadakan di di #eNTERwip 2016?
Peserta akan didedahkan dengan pelbagai ilmu termasuk bagaimana menjana pendapatan melalui pengiklanan di laman sosial Facebook (FB), Instagram (IG), dan Google. Peserta juga turut dibimbing tentang cara-cara untuk memohon pinjaman untuk dijadikan modal perniagaan, membuat pemasaran melalui e-mail, menjenamakan produk secara dalam talian dan sebagainya.

eNTERwip pada kali ini bakal membawakan 43 sifu usahawan online untuk bertemu anda dalam sesi :

✔ 16 Breakout Session (sesi 2 jam)

✔ 6 Mini Bengkel (sesi 4 jam intensif)

✔ 18 sesi klinik (sesi 1-to-1)

✔ Juga program ‘sulit’ – My First Bussines untuk peserta yang terpilih.

13. Siapa yang perlu hadir ke #eNTERwip 2016?
Anda yang ada perniagaan kecil sederhana
Anda yang baru hendak mulakan perniagaan online
Anda yang ingin mengetahui peluang perniagaan online
Anda yang perlukan suntikan motivasi perniagaan
Anda yang ingin kembangkan rangkaian perniagaan
Anda yang perlukan sokongan perniagaan

14. Apakah kaitan senangPay di #eNTERwip 2016?
senangPay merupakan Online Payment Gateway rasmi bagi eNTERwip 2106. Jangan lupa datang dan singgah di booth kami untuk sign up senangPay dengan harga promosi.

15. Berapakah kos untuk menyertai #eNTERWIP 2016 ini?
RM20 sahaja untuk tiket asas.

 

Comments are closed.