mycybersale3

Berita tersangat baik untuk peniaga ONLINE! #MYCYBERSALE muncul lagi. Berikut adalah FAQ untuk anda tentang #MYCYBERSALE

1. Apakah #MYCYBERSALE?
#MYCYBERSALE adalah acara Jualan Online tahunan terbesar, yang akan melibatkan para peniaga online, yang akan menjual pada satu waktu yang serentak.

2. Apakah faedah acara ini kepada pelanggan atau rakyat Malaysia?
Ketika acara ini berlangsung, para peniaga Online akan memberikan diskaun dan juga penghantaran percuma kepada pelanggan yang membuat pembelian atau tempahan.

3. Siapa yang menganjurkan acara ini?
Acara ini dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), CyberSecurity Malaysia dan SME Corp. Malaysia.

4. Apakah matlamat penganjuran acara ini?
Secara umumnya adalah untuk meningkatkan jual beli online, namun secara khususnya adalah untuk :
a. Meningkatkan permintaan jual beli Online dari pelanggan
b. Menggalakkan SME untuk adaptasi eCommerce didalam perniagaan mereka
c. Meningkatkan pendapatan domestik eCommerce

5. Sudah berapa kali acara ini berlangsung?
Acara ini telah berlangsung sebanyak 2 kali dan ini adalah kali ketiga penganjuran.

6. Berapakah jumlah jualan terkumpul pada tahun lepas?
RM117.13 juta dalam masa 5 hari. Sumber

7. Bilakah tarikh #MYCYBERSALE? ini?
Tarikh untuk acara ini adalah 26 – 30 September 2016.

8. Jika saya penjual Online dan berminat untuk sertai acara ini, apakah yang harus saya lakukan?
Anda harus mendaftar untuk menjadi eTailers dengan MDEC.

9. Bagaimana saya boleh sertai acara ini?
Anda boleh pergi ke laman website ini dan daftar segera. Tarikh tutup untuk menjadi eTailer adalah pada 30 June 2016. Anda juga boleh baca secara lanjut syarat-syarat dan terma yang berkaitan di laman web yang sama.

10. Adakah saya mesti mempunyai Payment Gateway untuk menyertai acara ini?
Ya.

11. Jika saya menyertai acara ini dan berdaftar dengan senangPay, apakah faedah yang saya dapat?
Setiap caj transaksi yang berlaku pada hari acara #MYCYBERSALE adalah cuma 2.2% berbanding 3% pada hari biasa, dengan syarat anda menjadi eTailer.

12. Jika saya sudah melanggan senangPay, bolehkah saya menyertai acara ini dan menikmati caj transaksi 2.2% tersebut?
Boleh

13. Apakah langkah seterusnya jika saya sudah berjaya menjadi eTailer?
Daftar dengan senangPay jika mahu caj transaksi 2.2% sepanjang #MYCYBERSALE 2016. Maklumkan kepada senangPay melalui email kepada farhana@senangpay.my. Maklumkan juga kepada kami jika anda adalah merchant sedia ada senangPay.