Pada 3 Disember 2015 yang lalu, senangPay telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan inspirasi dengan warga UKM. Sharing Session ini adalah anjuran UKM-CESMED ( Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS ) adalah salah satu program keusahawanan yang bertemakan “Buka Minda, Tingkatkan Minat”. Program ini dihadiri oleh seramai 30 orang warga UKM yang sangat berminat dengan Online Business.

12331670_573706219461117_1579072104_n

Slot senangPay adalah daripada jam 3:00 hingga 4:00 petang itu dihadiri oleh CEO senangPay, En. Mansor sendiri. Antara perkongsian ilmu yang menjadi highlight utama adalah, tentang industri Online Business, Fraud Awareness, Shopping Online dan How senangPay can help you.

12393596_544981695665019_638663234_n

Slot ditutup dengan sessi soal jawab dan alhamdulillah, respons dari peserta sangat positif dan nyata perkongsian singkat ini memberi banyak manfaat dan kesedaran tentang betapa pentingnya kesedaran usahawan untuk mempunyai channel pembayaran online terus dari social media dan blog hari ini. Sekiranya anda berminat untuk menganjurkan sebarang sessi keusahawanan atau Online Business Talk dan memerlukan senangPay sebagai Online Payment Gateway anda, jangan segan untuk menghubungi kami.

12393713_1508357809467984_583145238_n