Pada hari Rabu lepas bersamaan 7 Oktober 2015, team senangPay telah turun ke Johor Bahru bagi berbincang dan meninjau secara terperinci serta mendapatkan maklumbalas dari salah satu merchant tegar, BijakNiaga. Sessi selama 2 jam ini dihadiri sendiri oleh En.Mansor dan En.Syed (senangPay) serta En. Nizam (Founder BijakNiaga) serta En. Saidi dan En.Shahrul (team BijakNiaga).

Segala cadangan dan maklumbalas dari En.Nizam telah diambil dan akan dimajukan lagi untuk memantapkan sistem senangPay, serta memberi lebih “kesenangan” pada semua merchant. Dalam sessi yang sama, team senangPay juga turut menerangkan beberapa ciri-ciri sekuriti yang baru diupdate pada sistem senangPay.

Untuk rekod, BijakNiaga adalah diantara merchant senangPay yang mencatatkan transaksi yang sangat tinggi setiap bulan. BijakNiaga menawarkan sistem kad prabayar Tone Excel yang boleh menjana pendapatan pasif melalui pengunaan dan pembelian kad prabayar itu sendiri. Dalam ertikata lain, jika anda menggunakan telefon, anda dapat duit. Orang lain top up, anda dapat duit.

Untuk maklumat lanjut, klik :

Harga150logo
BijakNiaga

En. Shahrul BijakNiaga sedang menguji Dashboard senangPay versi mobile.

En Mansor dari senangPay sedang menerangkan sesuatu pada team BijakNiaga

En.Nizam (berbaju merah) sedang mendengar penerangan.