Pada hari Isnin lepas bersamaan 28 September 2015, team senangPay telah mengadakan perbincangan dengan Bank Islam bagi memperkemaskan lagi operasi dan perjalanan Online Payment Gateway senangPay. Perbincangan selama 2 jam itu telah membuahkan pelbagai idea baru dan hasil serta mengukuhkan lagi lubang-lubang atau kelemahan yang ada pada senangPay. Antara hal yang sangat penting adalah bagaimana tahap sekuriti senangPay terhadap isu fraud dan bagaimana cara senangPay mengatasi masalah ini. Secara dasarnya, Bank Islam sangat berpuas hati dengan proses kerja dan cadangan baik pulih sistem dari senangPay.

Sekiranya anda ingin mendapatkan info atau mengetahui lebih lanjut tentang senangPay dari perspektif bank, anda boleh berhubung dengan lanjut dengan :

Puan Maslina,
Bank Islam Card Centre
Tel: 603-26 900 900
Email: contactcenter@bankislam.com.my

En. Mansor sedang present security features yang ada pada senangPay

Pegawai Bank Islam sedang meniliti dan mendengar taklimat dari senangPay

Sessi bergambar selepas selesai perbincangan