fpx_3

fpx_2

fpx_question

Ada pelanggan tanya, kenapa dia tengok list bank dalam Payment Form senangPay, kejap ada dan kejap tidak ada. Jawapannya begini :

Payment Form senangPay memaparkan list bank yang diterima dari FPX secara realtime. Jika bank itu ONLINE, maka bank itu akan terpapar dalam Payment Form. Jika bank itu OFFLINE, maka list bank itu tidak akan terpapar secara automatik.

Berbeza dengan servis payment gateway yang lain, list bank terus dipaparkan di dalam Payment Form mereka tidak kira sama ada bank itu ONLINE atau OFFLINE. Ini akan menyebabkan masa pelanggan terbuang kerana apabila mereka ingin buat bayaran melalui bank itu, capaian kepada bank akan mengambil masa yang panjang dan akhirnya connection time off. Apabila ini terjadi, pelanggan akan rasa yang servis payment gateway itu bermasalah sedangkan bank memang sedang OFFLINE.

Anda boleh rujuk disini untuk melihat jadual terperinci bila bank OFFLINE / ONLINE.

Updated 17 AUG 2015
1. Satu klaus ayat telah ditambah pada Payment Form memberi tahu pelanggan sekiranya mereka tidak melihat senarai bank yang mereka kehendaki.

Screen Shot 2015-08-17 at 5.43.49 PM