Ada sesetengah merchant yang bertanya, bolehkah mereka tambah satu field tambahan dalam Payment Form mereka? Sebagai contoh, mereka perlukan no membership customer mereka dan sebagainya.

Setakat ini senangPay tidak support custom Payment Form dimana merchant boleh add / delete field yang mereka mahukan. Ini kerana senangPay cuba untuk menyediakan satu Payment Form yang standard untuk semua merchant. Features ini mungkin akan diperkenalkan pada masa hadapan kelak.

Walau bagaimanapun, merchant yang memerlukan maklumat tambahan dari customer mereka masih boleh menggunakan Payment Form sedia ada. Terdapat satu field pada Payment Form yang merchant boleh minta customer mereka isi. Data dari field ini akan masuk didalam Dashboard dan boleh dirujuk oleh merchant sendiri.

Screen Shot 2015-08-17 at 6.40.17 PM

Untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh rujuk disini.