online_payment_gateway_cash_deposiit_machine

Salah seorang dari bakal pelanggan kami tanya, bolehkah senangPay digunakan dari CDM atau Cash Deposit Machine?

Jawapannya :

Tidak boleh, setakat ini.

Memang ada fasiliti lain yang boleh diakses melalui Cash Deposit Machine misalnya Akaun Tabung Haji atau pun untuk transfer duit ke Touch N Go kita. Namun, setakat ini, senangPay belum lagi boleh diakses melalui Cash Deposit Machine.

Buat masa ini, mana-mana platform internet boleh akses ke senangPay. Kalau telefon boleh akses internet, maka bolehlah akses ke senangPay. Insya Allah, sedikit masa kelak bila trend akses internet melalui jam sampai ke Malaysia, pelanggan anda boleh buat bayaran melalui jam di masa hadapan.