Bank negara

senangPay

1. Apakah itu senangPay?

senangPay adalah gerbang pembayaran atas talian (Online Payment Gateway) yang menerima bayaran bagi pembelian atas talian, melalui kad kredit / kad debit atau Internet Banking (FPX).

2. Bagaimana senangPay berfungsi?

senangPay memudahkan urusan jual beli dan bayaran atas talian diantara peniaga dan pelanggan. Pembeli boleh bayar terus kepada peniaga pada paparan produk peniaga sama ada di blog, web atau laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Peniaga juga boleh menerima pembayaran melalui SMS dan Email.

3. Bagaimana ini boleh terjadi?

Melalui DASHBOARD, peniaga cipta PAYMENT FORM yang mengandungi maklumat produk dan maklumat pembayaran, kemudian kongsi URL atau PAYMENT BUTTON (masukkan button) ini kepada pelanggan melalui internet atau apps komunikasi.
Pembeli yang berminat, akan memasukkan maklumat peribadi dan penghantaran, seterusnya membuat bayaran melalui kad kredit / kad debit atau Internet Banking (FPX).

Harga

1. Berapa caj pendaftaran senangPay?

Tidak ada caj pendaftaran dikenakan

2. Berapakah caj langganan senangPay?

Caj langganan senangPay adalah serendah RM200 setahun

3. Berapakah caj transaksi yang dikenakan?

Untuk kad kredit / debit, caj 2.5% dikenakan bagi setiap transaksi
Untuk Internet Banking, caj 1.5% dikenakan bagi setiap transaksi

4. Jika transaksi bulanan saya besar, bolehkah saya mendapat kadar caj yang lebih murah?

Boleh, sekiranya transaksi bulanan anda melebihi RM250,000. Sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.

6. Tempoh langganan saya dengan senangPay?

Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa

Ciri-ciri bayaran daripada pelanggan anda

5. Bilakah saya menerima bayaran dari pelanggan?

senangPay akan membuat bayaran kepada anda setiap hari Rabu dan Jumaat. Sila rujuk sini untuk jadual bayaran yang lebih jelas.

7. Katakan pada hari Rabu atau Jumaat tersebut ada 1000 merchant yang perlu dibayar, adakah senangPay mampu untuk menguruskan pembayaran ini?

Mampu. Kami memang memastikan bahawa duit anda akan masuk ke dalam akaun anda mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Ciri-ciri integrasi

Ciri-ciri Dashboard

1. Apakah DASHBOARD senangPay?

Sistem untuk mengurus semua transaksi, produk, profil, laporan dan khidmat pelanggan untuk peniaga.

Ciri-ciri senangGUIDE

1. Apakah senangGUIDE?

Portal pengetahuan sebagai rujukan untuk anda tentang senangPAY.

2. Apakah maklumat yang ada didalam senangGUIDE?

senangGUIDE merangkumi :
– Permulaan dengan senangPay
– Pendaftaran
– Menggunakan DASHBOARD
– Akaun dan langganan
– Profil Peniaga
– Bagaimana menggunakan senangPay
– Integrasi senangPay dengan Shopping Cart
– Pembayaran pelanggan kepada peniaga
– Penerimaan pembayaran dari senangPay
– Penggunaan senangPay dengan Media Social
– Khidmat Pelanggan
– Undang-undang & Penguatkuasaan
– GST
– Idea Kepenggunaan senangPay
– Maklumbalas

Ciri-ciri keselamatan

2. Apakah ciri-ciri keselamatan senangPay?

senangPay menggunakan sambungan SSL (secure socket layer) bagi setiap transaksi. Selain itu kami tidak menyimpan sebarang maklumat sensitif seperti kad kredit / kad debit. Setiap transaksi kad kredit/debit/ internet banking (FPX) perlu menggunakan 3D-Secure di mana kod 6 digit akan di sms ke telefon bimbit untuk pengesahan. Kami juga mempunyai sistem dalaman ‘Fraud Detection’ kami sendiri.

3. Apakah jaminan bahawa senangPay selamat dari Hackers?

Kami tidak boleh menjamin kami 100% selamat dari hackers tetapi kami menjadikan keselamatan sebagai tanggungjawab terbesar kami. Sistem kami sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa supaya kami bersedia dengan ancaman terkini.

Pendaftaran

2. Berapa lama masa yang perlu saya tunggu sebelum saya boleh menggunakan senangPay?

Sebaik sahaja pendaftaran anda berjaya dan selepas membuat bayaran langganan.

3. Apakah dokumen yang perlu saya hantar untuk pendaftaran?

Sekiranya anda entiti perniagaan, anda harus menghantar salinan lesen pendaftaran perniagaan bersama salinan penyata akaun bank.

Khidmat Pelanggan

Tentang pengendali senangPay

1. Siapa senangPay?

Syarikat yang mengendalikan senangPay adalah Simplepay Gateway Sdn Bhd, 1155742-H, sebuah syarikat bumiputera yang telah ditubuhkan sejak tahun 2015.

2. Bolehkah saya mempercayai senangPay?

Boleh. senangPay adalah sebuah servis ONLINE PAYMENT GATEWAY yang dijayakan oleh sebuah syarikat yang berdaftar. Sila ke laman web syarikat kami.

3. Adakah senangPay berdaftar dengan Bank Negara?

Ya, kami telah berdaftar dengan Bank Negara. Sila rujuk laman web Bank Negara untuk pengesahan.

4. Siapakah bank acquiring anda?

BANK ISLAM. Sila hubungi BANK ISLAM untuk maklumat lanjut mengenai kami. 

5. Adakah senangPay patuh syariah?

Ya, senangPay adalah perniagaan patuh syariah. Kami mematuhi sistem patuh syariah daripada Bank Islam.

Hubungi kami

Hakcipta Terpelihara © 2015 senangPay.my