Pengumpulan Data Peribadi

Kami boleh mengumpul data peribadi terus daripada anda (contohnya apabila anda mendaftar untuk satu produk dan/atau perkhidmatan kami (melalui laman web).

Data peribadi yang kami kumpulkan dan proses mungkin merangkumi maklumat-maklumat berikut:-

  • Nama, Nama Syarikat dan Jawatan Pekerjaan
  • Maklumat untuk dihubungi termasuk alamat, nombor telefon dan alamat e-mel;
  • Maklumat demografik seperti poskod, kecenderungan dan minat;
  • Maklumat peribadi seperti tarikh lahir, umur, nombor kad pengenalan,
  • sejarah pembayaran dan pembiayaan; dan
  • Sebarang maklumat lain yang relevan kepada Produk

Memproses Data Peribadi

Data peribadi boleh diproses oleh kami dan/atau ejen sah untuk tujuan berikut:-

  • untuk berkomunikasi dengan anda;
  • untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda termasuk perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana anak syarikat kami;
  • untuk menilai permohonan anda kepada Bank bagi produk dan perkhidmatan kewangan;
  • untuk memproses transaksi pembayaran;
  • untuk menguruskan dan mengekalkan akaun dan kemudahan;
  • untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian secara am;
  • untuk menguruskan pembabitan anda dalam sebarang peraduan dan/atau sebarang kempen;
  • untuk melaksanakan aktiviti dalaman;
  • untuk melakukan kaji selidik pasaran dan analisis trend bagi meningkatkan produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk memenuhi keperluan pihak berwajib/keperluan perundangan/undang-undang yang termaktub dan/atau
  • untuk sebarang tujuan seperti dinyatakan dalam Terma dan Syarat Am Produk dan jika berkaitan, Terma dan Syarat Kempen.

Penyimpanan Data Peribadi

Kami akan hanya menyimpan data peribadi anda sepanjang tempoh kami menyediakan perkhidmatan kepada anda, memenuhi keperluan peraturan dan perundangan, dan memenuhi keperluan dalaman Bank. Jika data peribadi anda tidak lagi memenuhi mana-mana keperluan di atas, kami akan memusnahkan dan memadamkan secara kekal data peribadi anda.

Perlindungan Data

Kami komited dalam memastikan keselamatan data peribadi anda. Bagi mengelak akses dan tanpa kebenaran, kami sudah melaksanakan kaedah pencegahan fizikal, elektronik, dan prosedur pengesahan yang bersesuaian bagi melindungi dan memastikan keselamatan data peribadi yang dikumpulkan daripada anda dan/atau daripada sumber lain.

Akses / Pembetulan / Kemaskinian Data Peribadi

Kami komited untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami dapati daripada anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Sila hubungi kami jika terdapat sebarang perubahan kepada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap atau bukan yang terkini.

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin mengakses data peribadi anda, sila hubungi kami. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengenakan cas yang rendah bergantung pada maklumat yang diminta. Kami juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda.

Perubahan pada Notis Privasi

Kami mungkin mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Notis Privasi ini, kami akan memberitahu anda  dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut di laman web kami atau menghantar pemberitahuan kepada anda secara terus. Semak semula Privasi Notis ini dari masa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda.

Notis Privasi ini kali terakhir dikemas kini pada Mac 2015.

Hakcipta Terpelihara © 2015 senangPay.my